Dunia baharu SPM saya..

Assalamualaikum wrt. wbt.

Selamat bersua kepada semua pelajar tingkatan 5 SAM Sg. Selisek, Pada tahun ini saya diamanahkan untuk membimbing anda  dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Ia merupakan pengalaman baharu bagi saya, semoga saya mendapat kerjasama yang baik daripada anda dan guru-guru. InsyaAllah dalam masa terdekat saya lampirkan beberapa set soalan PSI yang telah saya terokai melalui internet. Sila pergi ke menu Bahan BBM

 

Selamat kembali ke sesi persekolahan 2012

Selamat kembali diucapkan buat semua pelajar SAM Sg. Selisek ke sesi persekolahan baharu 2012 ini. Saya dan semua guru berharap agar semua murid bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan diri. Semoga semangat dan kesumgguhan anda dapat memastikan SAMSES sentiasa unggul dan cemerlang di persada pendidikan.

Salam Aidil Fitri

 


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri . mohon maaf dipinta di atas segala kesilapan yang telah saya lakukan kepada anda semua.

Di ruangan ini saya akan muatkan tentang beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh kita iaitu ADAB BERZIARAH.

Amalan berziarah sememangnya dituntut oleh Islam. Malah di dalam Sahih Muslim ada menyebutkan bahawa Allah swt amat menyintai akan hamba-hambaNya yang suka suka berziarah hanya semata-mata kerana Allah swt. Di bulan Syawal Al-Mubarak ini amalan berziarah memang menjadi kelaziman di kalangan orang-orang Islam. Oleh itu, kita mestilah menjadi tradisi ziarah tersebut sebagai ibadah di sisiNya dan bukan adat semata-mata. Maka untuk meraih kecintaan Allah ketika berziarah, terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan terlebih dahulu.

Meminta Izin.

Adab yang pertama ialah meminta izin untuk berziarah. Allah s.w.t. berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” [Surah al-Nur, ayat 27-28]

Cara meminta izin ialah dengan memberikan salam. Ketika ada orang ingin menziarahi Rasulullah s.a.w., baginda mengutus pembantunya seraya berkata: “Pergilah menemui orang itu, ajarkanlah dia cara meminta izin. Katakan kepadanya: “Ucapkanlah Assalamu’alaikum, boleh aku masuk?” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5177]

Tatkala meminta izin, jangan berdiri menghadap pintu atau tingkap rumah sambil memanjang-manjangkan leher untuk melihat ke dalam rumah. Sebaliknya berdirilah di tepi kanan atau kiri dari arah pintu atau tingkap rumah. Pemintaan izin ialah sebanyak tiga kali ucapan salam: “Jika salah seorang dari kalian meminta izin sebanyak tiga kali lalu tidak diizinkan baginya (untuk masuk), maka pulanglah.” [Shahih al-Bukhari, no: 6245]

Petunjuk tidak diizinkan masuk ialah melalui jawapan daripada tuan rumah “Baliklah kamu” atau jika tidak ada apa-apa jawapan daripada tuan rumah. Jika tidak diizinkan masuk, janganlah berduka atau marah. Sebaliknya bergembira kerana dapat melaksanakan salah satu perintah agama, iaitu firman Allah: “Jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu.” [Surah al-Nur, ayat 28]

Adab-adab ini hendaklah diperhatikan sekalipun jika penziarah itu ialah orang penting atau ternama. Ini berdasarkan teladan orang yang paling penting lagi ternama di dunia, Rasulullah s.a.w. sendiri: “Bahawa Nabi s.a.w. apabila datang ke sebuah rumah, baginda tidak menghadap ke arah pintu tetapi berdiri di tepi kanan atau kiri pintu. Jika diizinkan baginda masuk dan jika tidak baginda beredar.” [Shahih Adab al-Mufrad, no: 826]

Memperkenalkan Diri.

Apabila meminta izin untuk ziarah, perkenalkan diri akan tuan rumah mengetahui siapakah yang ingin menziarahinya. Seorang sahabat bernama Jabir pernah menziarahi Rasulullah s.a.w.. Baginda bertanya: “Siapa itu?” Jabir menjawab: “Saya.” Baginda membalas dengan nada yang tidak senang: “Saya – saya?” [Shahih al-Bukhari, no: 6250]

Dianjurkan memberi sedikit latar belakang seperti lokasi asal, hubungan kekeluargaan dan tempat kerja agar tuan rumah lebih selesa untuk memberi izin. Jangan berkata “Saya Zuraida” tetapi katakanlah “Saya Zuraida pelajar lama prof dalam jurusan undang-undang ingin ziarah sebentar.” Ini berdasarkan hadis berikut apabila seorang muslimat datang menziarahi Rasulullah s.a.w. dan memperkenalkan dirinya sebagai “Zainab.” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Zainab yang mana?” Muslimat itu menjawab: “Zainab isteri Ibn Mas‘ud.” Lalu baginda mengizinkan dia masuk. [Shahih al-Bukhari, no: 1462]

Memanfaatkan Teknologi Terkini.

Dalam zaman serba canggih sekarang ini, permintaan izin untuk ziarah boleh dilakukan lebih awal melalui panggilan talifon, pesanan ringkas (SMS) atau emel. Umpama SMS: “Assalamu’alaikum Prof, saya Zuraida pelajar lama prof dalam jurusan undang-undang ingin ziarah sebentar pukul 5 petang nanti.” Jika mendapat balasan SMS keizinan untuk ziarah, pastikan anda hadir tetap pukul 5 petang dan berikan salam sambil berdiri di tepi kanan atau kiri pintu rumahnya.

Melalui cara ini, tuan rumah akan lebih bersedia menerima tetamu dan dapat memberi izin masuk. Walaubagaimanapun jika tiada balasan dari tuan rumah selepas tiga kali ucapan salam atau selepas tiga kali alat “ding dong” ditekan, maka baliklah kerana mungkin tuan rumah ada urusan berbangkit yang menyebabkannya tidak mengizinkan masuk.

info lanjut : https://hafizfirdaus.com/content/view/337/78/

Selamat datang ke Laman Sesawang DamaiSubuh

Ahlan wa sahlan & selamat datang diucapkan kepada para pengunjung kerana sudi melawat laman ini. Laman ini akan di update secara berperingkat.

 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun. Semoga kita menjadi insan yang benar-benar muttaqin apabila melalui Akademi Ramadan ini.

AHLAN YA RAMADHAN..

Ya Allah..Ramadhan bakal kembali lagi menemui kekasih-kekasihnya.. Ya Allah sempatkah aku bertemu dengannya?..Ya Allah Berkatilah bulan Rejab, Syaaban dan dambakan cintaku untuk bertemu Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini...

Doa mencari barang yang tidak ditemui

Malam kelmarin semasa mesyuarat, sahabat saya mengadu telah puas mencari barang yang disimpan namun tidak ditemui. Sehubungan itu saya memberi doa ini sebagai sebahagian usaha kita mendamba harapan kepada yang Ilahi. Di laman ini saya lampirkan doa tersebut buat tatapan umum. Untuk maklumat lanjut sila layari www.darussyifa.org

Selamatkan Al-Aqsa

Salam sejahtera kepada semua pengunjung.

Mari kita mengutuk sekejam-kejamnya keganasan yang telah dilakukan oleh Israel LAKNATULLAH ke atas orang islam di Palestin. Di laman ini saya muatkan beberapa info tentang perkembangan terkini yang beraku di Palestin. Semoga kita perihatin atas apa yang menimpa ke atas umat Islam di sana.

This webpage uses Javascript to display some content.

Please enable Javascript in your browser and reload this page.

Untuk mengetahui perkembangan terkini Palestin, sila layari...

1. amanpalestine malaysia

2. Palestine Kini

3. Akhbar Sya'ab, Mesir

4. Info Palestina kelolaan Parti HAMAS

 

PERIHAL KELUARGA

Saya telah mendirikan rumahtangga pada 05 Oktober 1997 hasil restu daripada kedua orang tua kami. Isteri tercinta saya bernama Siti Fatimah binti Mohd Yin adalah berasal dari kampung Melayu Rasa Tambahan, Rasa, Selangor. Beliau kini bertugas di SAMT Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kami dikurniakan 3 cahaya hati yang bernama Muhammad Farhan ( 12 Tahun), Ahmad Afifi (9 Tahun) dan Saiyyidah Salmiyyah (1 Tahun).

lihat foto keluarga di sini...

bersambung...

PERIHAL DI SEKOLAH

Untuk makluman anda saya bertugas di Sekolah Agama Menengah Sg. Selisek, 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lokasi sekolah tersebut adalah berhampiran dengan pekan Tanjung Malim, Perak. Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran : Rombakan terbaru Julai 2010, saya hanya mengajar 3 subjek sahaja.. iaitu (yang berwarna merah di bawah)

            1. Bahasa Arab 1, Tingkatan 4 (Silibus Al-Azhar, kelolaan JAIS)

            2. Bahasa Arab Tinggi, Tingkatan 4 (SPM)

            3. Tafsir Hadis, Tingkatan 3 (Silibus Al-Azhar, kelolaan JAIS)

            4. Al-Quran, Tingkatan 3 (Silibus Al-Azhar, Kelolaan JAIS)

            5. Kemahiran Hidup, Tingkatan 1 (PMR)

UNTUK 2012, SAYA MENGAJAR SUBJEK BERIKUT :

            1. Kemahiran Hidup Bersepadu, tingkatan 1

            2. Bahasa Arab Al-Azhar, tingkatan 2

            3. Pendidikan Syariah Islamiah, tingkatan 5

            4. Syariah STAM, tingkatan 5

Saya juga telah diamanahkan sebagai :

            1. Bendahari PIBG

            2. Setiausaha BADAR

            3. AJK Unit SPBT (Bhg. Data)

            4. Setiausaha Bilik APD / Pusat Maklumat (PUSMAT PIBG)

 

berita terkini sekolah

KURSUS PERFAILAN PANITIA

Pada 22 Mei (sabtu) yang lalu telah diadakan Kursus Perfailan Kurikulum. Semua ketua panitia terlibat dalam kursus yang dibimbing oleh Ustazah Mahmudah bt. Pingan (selaku setiausaha kurikilum SAMSES. Para Ketua Panitia telah didedahkan sistem perfailan yang sebenar berpandukan prosuder dikeluarkan oleh PPD.

 

UJIAN PRESTASI 2

Peperiksaan bermula pada 26 Julai hingga 30 Julai ini. Saya mewakili guru SAMSES mengucapkan selamat menduduki ujian tersebut kepada semua pelajar SAMSES. Jadikanlah ianya sebagai medan 'pertarungan jihad' anda untuk menilai sejauh mana kemampuan anda menguasai sesuatu ilmu yang anda pelajari.Semoga sukses!

Berikut saya lampirkan beberapa web yang menarik mengenai motivasi belajar :

1. Blog OsmanAffan : https://www.motivasibelajar.com

2. Motivasi Alihan Pelajar, Dr. tengku Asmadi : https://www.laman-map.com/

3. Motivasi Dr. Redhuan Tee : https://ridhuantee.blogspot.com/2006/11/motivasi-kecemerlangan-pelajar.html

 

SAMBUTAN HARI GURU 2010 PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari ini, (17 Mei 2010) kami para guru telah diraikan oleh pelajar-pelajar SAMSES. Pelbagai acara menarik yang telah diadakan seperti persembahan sajak, syair, sketsa, nasyid dan lain-lain lagi termasuklah pertandingan melukis. MasyaAllah saya dah hampir 20 tahun tidak melukis!!! kekok juga dibuatnya. Terima kasih kepada pelajar SAMSES atas inisiatif mengadakan majlis sambutan tersebut. Kita berdoa agar semuanya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah Taala.

 

TRAGEDI 11 MEI

Pada 11 Mei lalu, ketika saya sedang mengajar KHB, tiba-tiba satu dentuman kuat terdengar dari sebelah bilik bengkel. Rupanya sebuah lori yang sarat dengan muatan bahan pencuci lantai telah tersasar jatuh menghempap Bilik Mesyuarat SAMSES. Kemalangan tersebut difahamkan berlaku akibat pemandunya yang hilang kawalan semasa menaiki bukit menuju blok Asrama.

PERIHAL MASJID

Pada Bulan Ogos 2009 yang lalu, melalui Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009 - 2012, saya telah dilantik sebagai Setiausaha. Saya amat terharu di atas pemilihan tersebut. Saya juga amat bimbang sekiranya amanah yang besar ini tidak mampu dipikul. Saya mengalu-alukan kepada para pengunjung sekiranya ada idea-idea bernas untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah di muka bumi ini.

PERIHAL SURAU TAMAN KERUING

Alhamdulillah, rayuan saya kepada Jawatankuasa Surau Taman Keruing, agar saya di'rehat'kan sebagai Setiausaha telahpun diterima. Antara alasan saya ialah ingin memberi ruang kepada orang lain yang lebih berpengelaman lagi untuk mengurus tadbir surau, Lagipun saya terpaksa menumpukan pengurusan masjid. Sekurang-kurang dapatlah saya berehat. Walau bagaimanapun saya berusaha untuk menyumbang tenaga demi mengimarah surau yang tercinta khusus dalam biro dakwah, kemaskini info-info ilmiah atau cuci-cuci lantai surau pun tak mengapa.

 

Kuliah Tajwid & Al-Quran.

Tarikh        :    23 mei 2010 (Ahad)

Masa          :    Lepas Maghrib

Oleh           :   Al-fadhil Us. Mohd Hazri Hashim Al-Hafiz

** DATANG BERAMAI-RAMAI SEMOGA DIRI KITA DEKAT DENGAN ALLAH MELALUI PEMBACAAN AL-QURAN.

 

Mesyuarat Agung Tahunan Surau Kali kesepuluh & Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang akan diadakan pada :

Tarikh       :    27 Mei 2010 (Khamis)

Masa        :    9.00 malam

Ahli karyah dijemput hadir.

PERIHAL DI TAMAN KERUING

Saya telah diamanahkan sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Keruing (PPTK) bagi sesi 2010 - 2012. Sehubungan itu, saya akan berusaha mengemaskini struktur pengurusan pentadbiran PPTK ke tahap yang lebih baik lagi. Semoga saya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk melakukannya.

bersambung....

PERIHAL SRA KG. MELAYU RASA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

Pada hari Ahad,06 Jun 2010 yang lalu. PIBG Sekolah Rendah Agama Kg. Melayu Rasa telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pengerui MAIS iaitu Dato' Mohd Azib b. Mohd Isa yang juga merupakan anak jati Rasa. Kehadiran ibu bapa amat mendukacitakan pada kali ini, saya difahamkan banyak majlis kenduri perkahwinan diadakan pada hari tersebut. Ibu bapa seharusnya memberi komitmen yang tinggi dengan menghadiri majlis ini agar kita dapat mengetahui perkembangan semasa terkini tentang perkembangan sekolah dan pendidikan anak-anak kita.

Dalam mesyuarat tersebut saya telah dilantik sebagai AJK PIBG yang baru bagi sesi 2010-2012. Saya harap saya dapat memberi sedikit sumbangan dan komitmen kepada perkembangan pendidikan Islam bagi anak-anak warga Rasa ini InsyaAllah.

BAHAN DOWNLOAD

Kepada semua pengguna, anda boleh download bahan-bahan yang saya lampirkan di web ini.

1. Panduan Solat Gerhana Bulan/matahari (pdf)

2. KARNIVAL IBADAH RAMADAN

iklaniaga

 marhaban4u.com

News

Bahan Modul Gemilang PSI (Terkini)

17/08/2012 03:12
Murid sila sebarkan pada rakan-rakan SAMSES yang lain...penting utk persediaan Trial SPM minggu...
>>

Forum Perdana Ehwal Islam

07/04/2012 08:53
bertajuk "Poligami ; harapan atau tinggal harapan" bersesuaian dgn tajuk PSI kita pada minggu...
>>

Koleksi soalan PSI SPM

24/01/2012 15:17
Anda boleh dapatkan koleksi soalan Pend. Syariah Islamiah di BAHAN BBM
>>

Semak arah kiblat anda

16/07/2010 15:27
Anda boleh semak kedudukan arah kiblat di kediaman anda pada 16 Julai 2010, jam 5.28 petang....
>>

Solat Gerhana Bulan

24/06/2010 11:07
Kita diberi peluang oleh Allah Taala untuk menyaksikan kekuasaanNya iaitu gerhana Bulan pada 26 Jun...
>>

Contoh soalan SMA

04/06/2010 13:07
Kepada semua murid terlibat. Dalam masa terdekat ini saya akan lampirkan contoh-contoh soalan SMA...
>>

boleh ambil contoh soalan sma tahun lepas

29/09/2004 02:32
 WAJIB BUAT LATIHAN kepada pelajar sma 2010. anda boleh ambil contoh soalan bahasa arab untuk...
>>

Mari Berzakat...

Dengarlah nasyidFM...

 

Dermalah untuk.... GAZA

Sebarang sumbangan boleh dibuat menerusi akaun:
Maybank - 551575 004299
Bayaran melalui cek atas nama AQSA SYARIF BERHAD

Derma untuk Tabung PIBG SAMSES

Para pengunjung dialu-alukan untuk memberi sumbangan ikhlas kepada PIBG Sek. Agama Men. Sg. Selisek. Semoga sumbangan saudara dapat merancakkan lagi agenda pembangunan modal insan sekolah ini.

Nama Akaun : PIBG SAM SG. SELISEK

Bank : Bank Islam Berhad, Tg. Malim

No. Akaun : 08068010003895

Anda boleh menderma melalui pelbagai cara. Setelah melakukan transaksi sila SMS @ hubungi Bendahari PIBG (sayalah tu..) di talian 019 2525 408

Derma untuk Tabung Masjid

Sumbangan ikhlas Tabung Masjid Al-Kholidiah

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Taala, anda dialu-alukan untuk menyumbang seberapa ikhlas di tabung Masjid Al-Kholidiah, Rasa.

BANK : Maybank

No. Akaun : 162076564099

Nama : Masjid Al-Kholidiah, Kg Melayu Rasa.

 

APABILA ANDA TELAH MENYUMBANG, SILA MAKLUMKAN KEPADA BENDAHARI (Cikgu Ahmad Fauzi, No. Tel : 013-3835435 - rakan sayala tu..)  DAN SERAHKAN SALINAN/RESIT @ BUKTI PEMBAYARAN TERSEBUT.

Penggemar Novel Islami dan e-book

Pengunjung boleh muat turun novel-novel Islami ini dan e-book yang anda minati. Ambil apa yang tersirat dari novel tersebut buat tauladan dan sempadan dalam melayari bahtera hidup ini. Sila klik pada gambar utk download novel. Selamat membaca..

Search site

dibangunkan oleh abhafiz © 2010 All rights reserved.